20 Julai, 2009

PENYAMUN BERSENJATA API

PENYAMUN BERSENJATA API (PISTOL AUTOMATIK) DIBERKAS OLEH STAFF TESCO DAN ORANG RAMAI YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN.KEJADIAN INI BERLAKU PADA 30/6/2009 PUKUL 6.30pm HARI SELASA DI TEMPAT LETAK KERETA TESCO KOTA BHARU KELANTAN.PENJENAYAH INI CUBA MELARIKAN SEBUAH KERETA HONDA CIVIC TYPE R MILIK SEORANG PELANGGAN PEREMPUAN YANG BERKUNJUNG DI TESCO PADA HARI ITU.

KEDAI MAKAN MN6

PIC DIRAKAM KAT RESTORAN MN6 TEMPAT AKU DAN KAWAN2 BUAT PART TIME LEPAS HABIS KELAS.

TANJUNG, KUALA TERENGGANU


ALL BLACK SHIRT.

GENG INFORANA 2003

HARAP2 DAPAT JUMPA BALIK GENG2 NI SEMUA.

DULU2.


PIC NI MASA UMUR 19 TAHUN.MASA NI SEWA BILIK KAT KAMPUNG LADANG.

KENANGAN 2003

MEMBER MASA STUDY KAT KOLEJ INFORANA DI JALAN TOK LAM, KUALA TERENGGANU PADA TAHUN 2003.

17 Julai, 2009

BIOGRAFI GURU UTAMA



Mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi yang diterima oleh YM Tuan Guru Md Radzi pada 19Mei 1993 serta tertubuhnya Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia pada 5 Ogos 1994 telah mempertaut semangat juang meneruskan amanah bangsa menerajui serta memperkembangkan seni pusaka bangsa yang tidak ternilai mutunya . Penyerahan mandate itu telah diperakui kesahihannya oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak pada 21 Mei 1993 manakala pengisytiharannya sebagai Guru Utama Silat Cekak disempurnakan pada 23 Mei 1993 dengan disaksikan oleh pendukung Silat Cekak dari seluruh negara. Selepas itu beliau diminta untuk menubuhkan dan menjadi pengerusi Lembaga Pelajaran dan Tatatertib , satu badan tertinggi persilatan , Silat Cekak Hanafi .

Bak kata pepatah , “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi” . Perumpamaan orang melayu itu tepat bagi beliau . Dengan ini beliau dapat mengorak langkah lebih jauh dalam usaha meneruskan perjuangan dan cita-cita bapanya untuk mendaulatkan seni pusaka bangsa melayu . Anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad dan Puan Hajjah Maimunah binti Othman ini telah dilahirkan pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 ¾, Jalan Gunung , Alor Setar , Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan formal sekolah rendah dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur manakala pendidikan agamanya diterima daripada Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri.

Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada usia 18 tahun , iaitu peringkat umur yang dibenarkan untuk mempelajari Silat Cekak pada ketika itu . Kefahaman dan pendidikan agama diperolehi daripada bapanya sendiri. Memperolehi Sijil Rendah Silat Cekak pada tahun 1980 dan Sijil Menengah Silat Cekak pada 1987. Beliau turut memberi tumpuan terhadap usaha mempelajari bidang perubatan tradisional. YM Tuan Guru Md Radzi Haji Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Masita Mohd Salleh, yang berasal dari Kohor Bahru, Johor pada tahun 1990. Mereka kini dikurniakan 4 cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan .

Pergaulannya yang lebih luas dengan ahli silat yang lebih dewasa , penelitian yang mendalam ketika Ustaz Hanafi Haji Ahmad mengajar silat ceka dan pembabitannya dalam kebanyakkan aktiviti SIlat Cekak sejak kecil, memupuk minat dan penghayatan YM Tuan Guru Md Radzi Haji Hanafi terhadap dunia persilatan .

Yang mulia Tuan Guru Md Radzi Haji Hanafi mula berkhidmat secara sepenuh masa dalam kegiatan persilatan apabila menjadi tenaga pengajar Silat Cekak sejak 1981 . Beliau juga diberi kepercayaan menjadi penyelia kelas di Selangor , Terengganu dan Johor . Pengalaman ini memberi peluang kepadanya mempelajari hal ehwal pentadbiran dan pengurusan organisasi persilatan .

Tanggal 5 Ogos 1994 , Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah ditubuhkan . Peristiwa itu menjadi titik bermula era baru kepada perkembangan Seni Silat Cekak . Dalam mesyuarat Agung pertama pada 12 Disember 1994 , YM Encik Md Radzi telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden PSSCUHM . Perlantikan ini melayakkan beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK). Pada masa yangs ama beliau kekal memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelajaran Dan Tatatertib(LPT).

Dengan Tertubuhnya Silat Cekak Hanafi , beliau bersama pendukung Silat Cekak Hanafi yang setia dan komited berusaha meletakkan pergerakan silat ini berasaskan perjuangan Ustaz Hanafi yang tulen . Dalam usaha mengangkat martabat Silat Cekak Hanafi ke peringkat nasional , beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyatupadukan fikiran dan tenaga ahli bagi mengembangkan dan memajukan Silat Cekak Hanafi . Antara Stratergi beliau ialah menjadikan organisasi Silat Cekak Hanafi sebagai sebuah organisasi yang terancang dan mempunyai hala tuju (Misi dan Visi) menjelang tahun 2001 . Dalam perancangan tersebut , tumpuan telah diberikan kepada 4 elemen pembangunan yang utama –budaya, sumber manusia , kewangan dan hartanah . Selaku pewaris perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad , Beliau amat yakin Silat Cekak Hanafi dapat diperkembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan kehendak semasa .

Melalui kepimpinan YM Encik Md Radzi Haji Hanafi , kini Silat Cekak Hanafi telah melebarkan sayapnya hamper diseluruh negara .

Selain itu , YM Encik Md Radzi Haji Hanafi juga turut aktif dalam pelbagai bidang kebudayaan dan sukan umpamanya deklamasi sajak , pantun , bermain bola sepak , sepaktakraw dan bowling .

PANTUN SILAT CEKAK




Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka.

SENARAI BUAH


Senarai Nama Buah

Berikut adalah senarai buah - buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah.

  • Buah Pertama
  • Keputusan Gayung Fatani
  • Keputusan Sendeng Atas
  • Buah Kilas Belakang
  • Buah Kilas Hadapan
  • Buah Kidung Kiri
  • Buah Kuntau Jatuh
  • Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  • Buah Kuntau Kanan Gantung
  • Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
  • Buah Ali Patah Atas
  • Buah Ali Patah Sudah
  • Buah Selendang
  • Buah Gari & Gari Gunting
  • Buah Paras
  • Keputusan Pasung Kemanga
  • Keputusan Terlak
  • Keputusan Lintau
  • Buah Hempok
  • Buah Luncur
  • Buah Siku Potong

15 Julai, 2009

KELANTAN DARUL NAIM

KELANTAN DARUL NAIM NEGERI KELAHIRANKU.

AHMAD MUHAMMAD



PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

LOGO BARU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

BERSAMA GURU UTAMA SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

PERTAMA KALI DAPAT BERGAMBAR BERSAMA GURU UTAMA SILAT CEKAK USTAZ HANAFI DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN.